Contact us

Notis Pengambilan Flex
Pemprosesan Data Peribadi 

Flex International USA, Inc. yang terletak di 6201 America Center, San Jose, CA, USA, dan semua syarikat kumpulan Flex (dirujuk sebagai Flex) menjalankan kewajipannya untuk melindungi privasi dan maklumat peribadi dengan serius. 

Butiran hubungan: Maklumat peribadi anda dikumpulkan oleh Flex Int (“kami”). Anda boleh menghubungi kami di hrcompliance@flex.com. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung dengan penggunaan maklumat peribadi anda atau Notis Pengambilan ini, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi Data kami di: chiefprivacyofficer@flex.com 

Maklumat Peribadi Yang Dikumpul: Kami mengumpulkan, maklumat berikut mengenai anda dalam proses pengambilan jawatan. Jika anda tidak memberikan maklumat tertentu apabila diminta, kami tidak akan dapat melanjutkan permohonan anda. 

  • Maklumat yang tersedia dalam vitae kurikulum, borang permohonan, surat pengiring dan semasa proses temuduga anda termasuk: nama anda, tarikh lahir, umur, jantina, alamat rumah, alamat e-mel peribadi, pendidikan, butiran kelayakan dan pengalaman kerja, serta rujukan. 
  • Maklumat yang kami kumpul atau cipta dalam proses pengambilan jawatan termasuk: nota temuduga, keputusan ujian dan surat-menyurat antara kita. 
  • Maklumat mengenai rekod jenayah: kami menjalankan pemeriksaan latar belakang sebagai sebahagian daripada proses pengambilan jawatan. 
  • Kategori khas bagi data peribadi termasuk: Maklumat asal kaum dan etnik [dan maklumat yang berhubung dengan kelainan upaya, kepercayaan agama atau orientasi seksual], maklumat kesihatan fizikal atau mental, serta rekod imigresen/ pewarganegaraan (jika ini mendedahkan maklumat asal kaum/ etnik). 

Sumber Maklumat: Maklumat ini sama ada (a) disediakan oleh anda; (b) diperolehi daripada pihak ketiga melalui proses permohonan dan pengambilan jawatan; (c) diperolehi daripada sumber awam, seperti Linkedln, atau (d) kami hasilkan dalam proses pengambilan jawatan. 

Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi: Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk melanjutkan proses pengambilan jawatan, menilai dan membuat keputusan mengenai kesesuaian anda untuk peranan jawatan, untuk berkomunikasi dengan anda dan menjalankan pemeriksaan rujukan, menilai dan menentukan sama ada anda sesuai untuk sesuatu jawatan, berkomunikasi dengan anda dan menjalankan pemeriksaan rujukan. Kami juga akan menggunakan maklumat anda untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan. 

Sebab kami menggunakan maklumat peribadi: Kami akan menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada anda kerana: 

  • diperlukan sebelum menandatangani kontrak dengan anda; 
  • kami perlu memproseskan maklumat anda untuk mematuhi kewajiban undang-undang atau peraturan; 
  • kerana kami atau pihak ketiga mempunyai kepentingan sah untuk: (a) memastikan pentadbiran dan pengurusan proses pengambilan jawatan yang berkesan; (b) memastikan kami mengupah seorang yang sesuai untuk sesuatu jawatan; (c) berurusan dengan pertikaian dan kemalangan, serta mengambil nasihat undang-undang atau profesional lain; dan (d) mengenalpasti sama ada anda sesuai untuk bekerja. 

Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi dalam kategori khusus: Kami akan memproses kategori khas data peribadi anda untuk mempertimbangkan sama ada kami perlu menyediakan pelarasan yang sewajarnya untuk sebarang kelainan upaya semasa proses pengambilan jawatan; (2) untuk mencapai tujuan pengawasan yang sama; (3) mematuhi sebarang kewajipan undang-undang atau peraturan. 

Kenapa kami menggunakan maklumat peribadi dalam kategori khusus: Kami akan menggunakan kategori khas maklumat peribadi yang dikumpulkan mengenai anda kerana: (1) anda telah memberikan persetujuan secara tulisan anda yang jelas; (2) kami perlu berbuat demikian untuk menjalankan kewajipan undang-undang kami; (3) penubuhan, penggunaan atau pembelaan, atau tuntutan undang-undang berhubung dengan kes mahkamah adalah diperlukan; [(4) terdapat kepentingan awam yang cukup thinggi;] (5) melindungi kepentingan anda (atau kepentingan pihak lain) adalah diperlukan dan anda tidak dapat memberikan persetujuan anda. 

Maklumat mengenai rekod jenayah: Sebagai sebahagian daripada proses pengambilan jawatan, kami menjalankan pemeriksaan latar belakang mengenai rekod jenayah. Kami menggunakan pemeriksaan ini (1) untuk menilai kesesuaian anda untuk jawatan terkawal; (2) untuk melindungi kepentingan anda, kepentingan kami dan kepentingan pihak ketiga; (3) kerana pemeriksaan ini adalah diperlukan berhubungan dengan tuntutan undang-undang. Kami dibenarkan untuk menggunakan maklumat peribadi anda dengan cara sebegini jika terdapat keperluan untuk menjalankan hak dan kewajipan penggajian kami, dan kami akan sentiasa memproses data anda menurut undang-undang tempatan yang berkuat kuasa dan sesuai. 

Pembuatan keputusan secara automatik: Berikutan [pemeriksaan latar belakang/ ujian psikometrik], keputusan akan dibuat secara automatik sama ada untuk memproses permohonan anda atau menawarkan anda pekerjaan berdasarkan sama ada anda memenuhi kriteria tanda aras kami. Jika anda tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, anda berhak menghubungi kami di alamat e-mel berikut: chiefprivacyofficer@flex.com 

Maklumat yang kami kongsikan: Kami hanya akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga berikut untuk tujuan memproses permohonan anda: (1) agensi pekerjaan, (2) pemeriksaan latar belakang dan pembekal ujian dalam talian, dan (3) pengawal selia serta pihak berkuasa. Kami juga akan berkongsi data peribadi dalam kumpulan syarikat kami untuk tujuan pentadbiran, perakaunan dan pelaporan. 

Pengekalan maklumat anda: Kami akan mengekalkan maklumat peribadi anda untuk tempoh proses pengambilan anda dan untuk mana-mana tempoh had yang dikenakan yang mungkin dikemukakan kepada kami untuk tuntutan pada masa akan datang. 

Di mana maklumat anda akan disimpan: Kami boleh memindahkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda kepada entiti flex lain di luar Kesatuan Eropah untuk menguruskan dan mentadbirkan proses pengambilan, tetapi kami harus melaksanakan perlindungan yang sesuai untuknya. Jika anda ingin mendapatkan salinan perlindungan seperti itu, anda boleh memohon daripada kami melalui butiran hubungan di atas. 

Hak anda: Anda mempunyai hak berikut yang berkaitan dengan data anda: hak akses, pembetulan, pemadaman, bantahan, sekatan, pemindahan, dan hak untuk menarik balik persetujuan dan mengadu kepada Autoriti Penyeliaan. 

Nota: Walaupun dasar global ini direka untuk menyampaikan maklumat yang konsisten dan efisien kepada calon secara global, semua maklumat akan sentiasa diproses mengikut undang-undang tempatan yang berkuat kuasa dan sesuai.